Friday, December 10, 2010

Wow!!!

Assalamualaykum..
These students really do us proud.
Reading this from the newspaper yesterday made me feel so small inside.
Teachers must've been so proud of them.
So do we, sisters!

"2..4..6..8.. who do we appreciate? KURSHIAH!! KURSHIAH!! Yayyyy!!"

+++++++++++++++

Pelajar cipta ekstrak kadok cegah ulser

Oleh Hussain Said

SEREMBAN: Dua pelajar Tingkatan Lima Kolej Tunku Kurshiah di sini, berjaya menghasilkan bahan mencegah ulser perut daripada ekstrak akar pokok kadok atau nama saintifiknya piper sarmentosum yang tumbuh meliar di negara ini.

Hasil kajian mereka sejak Jun tahun lalu itu, Nur Syahrina Ahmad Salim, dari Shah Alam, Selangor dan Nur Farawahidah Mohd Yusof, dari Parit, Perak memenangi Pertandingan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh anjuran Kementerian Pelajaran yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, 22 April lalu.

Kejayaan kajian mereka bertajuk Kadok Sebagai Ejen Cegah Ulser itu akan dipatenkan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), selain terpilih untuk menyertai satu pertandingan penyelidikan antarabangsa di Jerman, akhir tahun ini.

Ketika ditemui pemberita di sini semalam, Nur Syahrina, 17, berkata idea mengkaji akar pokok kadok muncul selepas dia mendapati ramai yang tidak mengetahui khasiat tumbuhan itu walaupun sering menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

“Kami mengambil contoh akar kadok daripada kira-kira enam guni tumbuhan itu yang dikumpulkan dari beberapa kawasan di sekitar Seremban. Akar itu dihancurkan sebelum direndam dan patinya yang siap ditapis, digunakan sebagai bahan pencegahan itu,” katanya.

Nur Farawahidah pula berkata, hasrat mengkaji kesan ekstrak akar kadok dalam pencegahan ulser dibuat selepas mereka mengetahui penyakit itu menyerang kira-kira sejuta penduduk dunia.

Beliau berkata, selepas mendapat ekstrak akar kadok, bahan itu kemudian diproses menjadi pati minyak sebelum diuji kepada tikus.

Dua ujian dijalankan iaitu seekor tikus diberi makan pati akar kadok dan seekor lagi diberi minum air suling. Kedua-dua haiwan itu kemudiannya diberi sejenis alkohol sebagai ejen menghasilkan ulser.

“Pembedahan perut haiwan berkenaan mendapati tikus yang hanya minum air suling mempunyai kesan luka atau ulser dalam perut, manakala yang diberi minum pati akar kadok sihat,” katanya.

Guru biologi kolej itu yang juga penyelaras kajian terbabit, Siti Raudhah Amir, berkata kajian menggunakan tikus sebagai binatang uji kaji dalam penyelidikan berkenaan dibuat secara saintifik di makmal UM.

“Kajian itu 100 peratus tepat kerana seperti biasa, ubat-ubatan yang digunakan manusia diuji menggunakan spesimen tikus. Jadi bahan pencegah ulser ini boleh diguna pakai terhadap manusia,” katanya.

FAKTA
Pokok kadok


  • Nama saintifik piper sarmentosum.
  • Nama lain, sirih duduk.
  • Menyerupai pokok sirih tetapi tumbuh di atas tanah bukan tumbuhan memanjat.
  • Mudah ditanam dan hidup subur di kawasan lembap.
  • Air yang direbus dengan akar pokok kadok dapat melawaskan kencing. Daun mujarab merawat demam malaria.

  • +++++++++++++++


    Tumpang bangga je la..

    LOL
    Wassalam..~

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.